Home » » MAKMUM MASBUK KETINGGALAN DARI RUKUK BERSAMA IMAM KERANA INGIN MENGHABISKAN FATIHAHNYA

MAKMUM MASBUK KETINGGALAN DARI RUKUK BERSAMA IMAM KERANA INGIN MENGHABISKAN FATIHAHNYA

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; salam ustaz, apabila makmum angkat takbir sejurus imam habis baca fatehah... disebabkan imam baca surah pendek dan terus rukuk... ditambah pula makmum bacaan fatehahnya agak perlahan... perlukah terus ikut rukuk bersama imam atau menghabiskan bacaan fatehah dgn syarat tidak tertinggal 2 rukun.

Adakah solat makmum tersebut sah sekiranya tidak rukuk bersama imam semata2 ingin menghabiskan bacaan fatehahnya. terima kasih ustaz. mohon pencerahan dan salam Ramadhan.

Jawapan;

Bismillah. Makmum yang terkemudian dari imam di mana ia mula ikut imam ketika imam hampir rukuk (iaitu tidak cukup masa baginya membaca fatihah hingga selesai) atau ketika imam telah rukuk, ia dinamakan makmum masbuk. Makmum masbuk dimaafkan untuk tidak membaca fatihah atau tidak menghabiskan baki fatihahnya, kerana fatihahnya ditanggung oleh imam. Oleh itu, apabila imam rukuk, wajib ia turut rukuk bersama imam. Jika ia tidak rukuk bersama imam -kerana ingin menghabiskan fatihahnya- hingga imamnya bangun dari rukuk (dan ia ketinggalan rukuk bersama imam), perbuatannya itu makruh dan luput rakaat tersebut darinya (yakni dia wajib menambah rakaat selepas imam memberi salam). Jika ia ketinggalan dari imam hingga dua rukun fi'li, batallah solatnya. (1)


Wallahu a'lam.
Nota;
(1) Terjemahan al-Qaul at-Taam Fi Ahkam al-Ma'mum wa al-Imam, Dato' Syeikh Haji Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar, hlm. 25.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Subhanallah, fenomena misteri Batu Hajar Aswad
  • Sultan Hisamuddin Alam Shah - Sultan Yang Menghormati Ulama
  • Mati - Andai Ku Pergi !!!!! Dimanakah Kesudahanku....
  • Seorang pemain islam dalam skuad bola sepak kebangsaan Brazil
  • Himpunan hadis tentang kesesatan Syiah
  • Daftar Lengkap Nama Burung Yang Ada di Indonesia komplet
  • Macam-macam, memburu air kencing unta
  • Tips Pemilihan burung merpati tinggi berdasarkan katuranggan
  • Mengabaikan Rasulullah, Sayap Malaikat ini Dipatahkan Allah
  • Janggut Tidak Tumbuh, Bolehkah Pakai Ubat Penumbuh?
  • [TERKINI] Sultan Selangor Perkenan Khalid KEKAL Sebagai MENTERI BESAR SELANGOR | Pertimbang Sertai PAS
  • Serigala yang Dipenjara
;